17 November 2016 - 07:10
Trump Dijangka Lawat Rusia Selepas Angkat Sumpah.

Menurut surat khabar Ivestia, Presiden A.S yang baru terpilih dilaporkan akan mengunjungi Rusia selepas memasuki RUmah Putih.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut surat khabar Ivestia, Presiden A.S yang baru terpilih dilaporkan akan mengunjungi Rusia selepas memasuki RUmah Putih.

Seorang sumber yang berpangkat tinggi di dalam parti Republikan memberitahu surat khabar itu pada hari Khamis bahawa persiapan berkaitan lawatan itu akan dimulakan setelah Trump mengambil tanggungjawab sebagai Presiden A.S yang ke-45 pada Januari akan datang.

Menurut sumber itu juga, setakat ini tiada sebarang komunikasi yang nyata berlangsung di antara pasukan Trump dan Moscow.

Pada hari Isnin lepas, Presiden Rusia, Vladimir Putin memberitahu Trump di dalam sebuah perbualan telefon bahawa Rusia bersedia untuk mengekalkan dialog konstruktif dengan pentadbiran A.S yang baru berasaskan prinsip saling menghormati dan hak sama rata.

Menurut khidmat akhbar Kremlin, kedua-dua ahli politik itu bersetuju bahawa status hubungan bi-lateral kedua-dua negara berada di tahap yang tidak memuaskan dan bersetuju untuk memperbaikinya.